Saravanan, saudara dituduh bunuh pekerja kontrak

LUMUT – Dua saudara lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini, pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang pekerja kontrak, bulan lalu.

Tertuduh M Saravanan, 43, dan M Thamilselvan, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan, Majistrest, T Kavita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian M Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru, Ayer Tawar dekat Manjung, antara jam 5 pagi hingga 9 malam, pada 10 Februari lalu.

Lelaki rakan bunuh Saravanan kakitangan pekerja kontrak dua saudara bunuh Lelaki rakan bunuh Saravanan kakitangan pekerja kontrak dua saudara bunuh
M Saravanan, 43 dan M Thamilselvan, 48, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Manjung, atas pertuduhan membunuh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Manjung bulan lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Saravanan bekerja di sebuah pusat mencuci kereta di sini, sementara saudaranya, Thamilselvan merupakan penganggur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Jemain, manakala tertuduh diwakili Peguam, RR Segaran.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 April bagi serahan dokumen berkenaan laporan kimia dan perubatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Suspek bunuh abang, kakak ipar direman seminggu

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI