Pemandu kereta dibaling batu diminta tampil buat laporan polis

IPOH – Polis meminta pemandu yang menjadi mangsa kenderaan dibaling batu sehingga mengakibatkan kerosakan di Kilometer 311 hingga 310 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, dekat kawasan Kampar, untuk tampil membuat laporan polis dengan segera.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati, menerusi rakaman video yang dipaparkan di media sosial kejadian dipercayai berlaku pada 22 Mac lalu sekitar jam 6.36 petang

“Hasil semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dilakukan setakat ini.

“Justeru, kita menasihatkan supaya pemandu terlibat untuk membuat laporan di balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan mengesan pelaku dan mengelakkan daripada kejadian sama berulang pada masa hadapan.

Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat yang dipaparkan menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan yang dipandu mangsa menunjukkan batu yang dilempar dari arah bawah jalan mengenai kereta berkenaan sehingga cermin hadapan kereta tersebut retak.  – MG Perak

Artikel Berkaitan:

22 cedera kemalangan libat bas ekspres, pacuan empat roda

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI