Lelaki rugi RM418,200 selepas diperdaya individu menyamar polis

IPOH – Seorang lelaki warga tempatan menanggung kerugian sebanyak RM418,200 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 36 tahun itu bertindak membuat penukaran daripada akaun simpanan tetap miliknya ke akaun simpanan biasa selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada 27 Februari lalu sekitar jam 10.30 pagi semasa mangsa berada di sebuah bank sekitar Taiping lalu menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek berkenaan kemudiannya mmemberitahu pengadu bahawa namanya terlibat dengan jenayah dan satu waran tangkap telah dikeluarkan atas nama pengadu dan dihantar melalui aplikasi whatsapp.

“Pengadu juga diberitahu oleh suspek bahawa dia telah membuat semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan mendapati pengadu memounyai simpana tetap di bank,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Yusri berkata, suspek mengarahkan mangsa untuk membuat penukaran daripada daripada akaun simpanan tetap miliknya ke akaun simpanan biasa.

Tambah beliau, suspek menakutkan pengadu dengan memberitahu sekiranya mahu terlepas daripada tindakan undang-undang dia perlu membayar sejumlah wang.

“Disebabkan dalam keadaan takut dan cemas, pada 27 Februari hingga 26 Mac 2024 pengadu telah melakukan tujuh kali transaksi oindahan wang ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM418,200.

“Pengadu mengesyaki dia ditipu dan telah memmbuat laporan polis di mana kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu) dan siasatan masih dijalankan,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

RM181,650 lesap, suri rumah ditipu ‘Inspektor Chong’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI