400 lemang disedia pada Majlis Berbuka Puasa Bomba, Media Perak

IPOH – Lebih 400 batang lemang disediakan pada Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Media Perak, di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya pada Khamis.

Seawal jam 10 pagi, program dimulakan dengan sesi gotong-royong penyediaan lemang dan jamuan berbuka puasa oleh 120 pegawai dan anggota.

lemang JBPM bomba perak media perak Program Majlis Berbuka Puasa Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon
Anggota bomba sedang menyediakan juadah pada Program Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Media Perak, di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya.

Dianggarkan sebanyak 100 kilogram (kg) beras pulut digunakan untuk dimasukkan ke dalam setiap satu buluh lemang sebelum dibakar.

Antara juadah lain yang turut disediakan pada program berkenaan adalah rendang ayam, soto, nasi lemak dan kuih-muih.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon yang turut hadir pada sesi gotong-royong berkenaan berkata, antara keunikan program adalah setiap anggota dan pegawai terlibat diminta untuk mengenakan pakaian kain batik bagi wanita, dan kain pelikat bagi lelaki.

lemang JBPM bomba perak media perak Program Majlis Berbuka Puasa Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon
Anggota bomba sedang menyediakan lemang pada Program Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Media Perak, di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon (tengah) turut hadir bersama-sama menyediakan juadah pada Program Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Media Perak, di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya.

Menurutnya, ia sebagai satu cara untuk mewujudkan suasana seperti kenduri-kendara di kampung dalam menyiapkan juadah berbuka dan lemang.

Kata beliau, acara itu secara tidak langsung dapat menggamit memori berada di kampung selain mengeratkan lagi hubungan harmoni dalam kalangan anggota dan pegawai JBPM Perak.

lemang JBPM bomba perak media perak Program Majlis Berbuka Puasa Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon hadir pada Program Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Media Perak, di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya.

Di samping itu, Sayani berkata, Majlis Berbuka Puasa itu juga sebagai usaha merapatkan lagi kerjasama antara JBPM Negeri bersama pengamal media di Perak.

Selain aktiviti gotong-royong penyediaan lemang dan jamuan berbuka, antara program lain yang diadakan adalah sesi rakaman Takbir Hari Raya selepas Solat Zohor.

Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JBPM Perak keluar 76 kompaun sepanjang 2023

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI