Insiden dipijak gajah: Jangan berhenti di pinggir jalan jika hari sudah gelap – PERHILITAN

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menasihati pengguna jalan raya khususnya yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat sini supaya lebih berwaspada memandangkan gajah didapati ‘singgah’ di laluan berkenaan.

Pengarah Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff berkata, kawasan berkenaan adalah habitat gajah malahan papan tanda memaklumkan kehadiran haiwan tersebut turut diletakkan di sepanjang jalan tersebut.

“Sepatutnya pengguna jalan perlu lebih berhati-hati, jangan berhenti di pinggir jalan atau masuk ke pinggir hutan apabila suasana mulai gelap.

“Adalah tidak munasabah untuk kita menghalau gajah dalam hutan yang sememangnya habitatnya,” katanya ringkas ketika dihubungi MG Perak hari ini.

Semalam media melaporkan seorang lelaki parah dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan JRTB Gerik-Jeli, malam kelmarin.

Mangsa yang berasal dari Felda Bersia, di sini mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan kepala dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 malam itu.

Difahamkan lelaki terbabit mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai untuk membuang air sebelum diserang haiwan berkenaan.

Mangsa dibawa ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kakitangan Perhilitan cedera dirempuh gajah liar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI