Perak hasrat perkenal bas, teksi elekrtik di Ipoh

IPOH – Kerajaan Negeri Perak berhasrat merancakkan pembangunan sektor kenderaan kenderaan elektrik (EV) awam melalui usaha memperkenalkan bas dan teksi menggunakan kuasa elektrik di Bandar Raya Ipoh.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ia sebagai menjayakan inisiatif menjadikan Ibu Negeri Perak itu sebagai bandar raya rendah karbon.

Menurutnya, sebanyak RM10 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi pembangunan infrastruktur yang meliputi pembangunan stesen-stesen pengecasan EV.

Perak kerajaan negeri perak bas teksi elektrik bandar raya ipoh exco perak kenderaan elektrik EV rendah karbon kenderaan awam exco perak Mohammad Nizar
Pengangakutan awam van merah jambu merupakan antara ‘ikon’ yang cukup dikenali dalam kalangan pelancong di Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 FEBRUARI 2024.

“Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah meluluskan kepada kerajaan negeri dana sekitar RM10 juta bagi (penukaran van merah jambu kepada) van berkuasa elektrik di Pulau Pangkor.

“Selepas dikaji, kita melihat penggunaan kenderaan seperti EV ini tidak sesuai di sana kerana faktor muka bumi.

“Oleh sebab itu, kita beralih ke Ipoh supaya kita dapat bangunkan konsep bandar pintar. Dan saya merasakan ia tidak ada masalah kerana Ipoh (Majlis Bandaraya Ipoh) sudah ada usaha ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam temu bual bersama MG Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, baru-baru ini.

Perak kerajaan negeri perak bas teksi elektrik bandar raya ipoh exco perak kenderaan elektrik EV rendah karbon kenderaan awam exco perak Mohammad Nizar
Temubual khas Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bersama MG Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 MEI 2024.

Pada Jun 2020, Perak mengumumkan telah menerima peruntukan kira-kira RM10 juta sebagai langkah menukar van awam sedia ada di Pulau Pangkor kepada van yang menggunakan kuasa elektrik.

Tambah Mohammad Nizar, usaha itu tidak memerlukan tempoh yang lama, berdasarkan kepada kejayaan pengoperasian perkhidmatan bas hidrogen di Bandar Raya Kuching Sarawak kurang dalam lima tahun.

“Inisiatif yang sedang digerakkan ini bagaimanapun tidak melibatkan pembelian kenderaan awam elekrtik yang mana ia memerlukan sebuah peruntukan asing.

“Mungkin pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh membuat secara tender atau menjalinkan usahasama dengan pihak-pihak pembekal kenderaan awam berkuasa elektrik ini,” ujarnya.

Perak kerajaan negeri perak bas teksi elektrik bandar raya ipoh exco perak kenderaan elektrik EV rendah karbon kenderaan awam exco perak Mohammad Nizar
Temubual khas Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bersama MG Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 MEI 2024.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan negeri menggalakkan usaha pemerkasaan amalan tenaga hijau melalui pemasangan panel solar di seluruh Perak.

Jelas beliau, ia dilihat mampu mengurangkan lima ke 10 peratus penggunaan tenaga elektrik secara konvensional yang secara tidak langsung memberi penjimatan bil elektrik.

“Setakat ini kita telah merasmikan ladang-ladang solar di atas tanah kerajaan termasuk di Parit Buntar, Sungai Siput dan Tapah yang mana ia mampu menjana tenaga elektrik untuk disalur kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Selain itu, kita juga menggalakkan pemasangan panel-panel solar pada bangunan kerajaan yang mempunyai keluasan bumbung sesuai,” katanya lagi. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

KKR terima cadangan kurangkan lampu isyarat di Lebuhraya Ipoh-Lumut

MGPerak: Perak Sedia Rancang Pembangunan Infrastruktur Baru, Perkenal Bas, Teksi Elektrik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI