Imigresesn Perak tahan 28 PATI

IPOH – 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di 16 lokasi berbeza di sekitar Negeri Perak dalam satu operasi pada Rabu.

Pengarah Imigresen negeri, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan yang bermula pada jam 10.30 pagi Selasa dan berakhir jam 2.30 pagi keesokkan harinya.

Katanya, mereka disyaki melakukan kesalahan antaranya berada di negara ini tanpa pas, tempoh pas yang tamat serta melanggar syarat pas.

Jabatan Imigresen Malaysia perak pendatang asing tanpa izin PATI ipoh negeri Meor Hezbullah Meor Abd Malik
Imigresen Perak menahan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di 16 lokasi berbeza di negeri ini. Foto IHSAN JABATAN IMIGRESEN PERAK

“Warga asing yang ditahan adalah terdiri daripada 12 lelaki warga India; tiga lelaki warga Bangladesh; dua lelaki dan sembilan perempuan warga Indonesia.

“Juga ditahan, seorang lelaki warga Myanmar dan seorang perempuan warga Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Meor Hezbullah memaklumkan, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Depot Imigresen Ipoh bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Ujar beliau, mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta serta Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“JIM Perak berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras kebanjiran PATI dalam negara ini.

“Selain daripada PATI, JIM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji, melindungi atau membenarkan PATI di premis tanpa permit sah,” katanya lagi. – MG Perak.

 

Arikel Berkaitan:

PATI disyaki pengedar dadah dicekup bersama 9 kg heroin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI