Warga emas maut kemalangan setelah pulang mengaji

REMBAU – Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban – Tampin pada 1.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superitendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, wanita terbabit dalam perjalanan pulang selepas mengaji di Madrasah Bongek, di sini.

Menurut beliau, kemalangan itu membabitkan kenderaan Perodua Axia dipandu mangsa, Zahariah Shariff berusia 66 tahun dengan dua kenderaan lain iaitu Proton Iswara dan Proton Wira masing-masing dipandu lelaki berusia 49 tahun dan 22 tahun.

“Mangsa dari arah Rembau menghala ke Tampin disyaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Iswara dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira dari arah belakang Proton Iswara itu tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa di sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami kecederaan dan pemandu Proton Iswara pula menerima rawatan lanjut di Hospital Rembau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI