10 GRO warga asing dicekup imigresen selepas sejam sembunyi dalam bilik rahsia

IPOH – Cubaan 10 wanita pelayan pelanggan atau GRO warga asing bersembunyi di bilik rahsia di sebuah premis hiburan dekat sini gagal selepas berjaya dikesan Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Perak, dalam satu operasi pada Sabtu.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, semua GRO warga Vietnam itu berjaya dicekup dalam keadaan hampir lemah selepas bersembunyi dalam bilik berkenaan hampir satu jam.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati,  tiada pengudaraan sempurna di samping bilik rahsia itu dikesan menggunakan pintu automasi kawalan jarak jauh.

Menurut Meor Hezbullah, 10 GRO tersebut antara 42 warga asing yang ditahan dalam serbuan ke atas empat premis perniagaan dan dua kediaman di sini menerusi Ops Gegar, Sapu dan Selera.

“Serbuan dibuat berdasarkan maklumat aduan, pemantauan serta risikan yang dijalankan JIM Perak terhadap kesemua premis tersebut.

“Dengan kekuatan anggota seramai 20 pegawai, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 79 orang warga asing dari pelbagai warganegara.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada, 15 lelaki, seorang kanak-kanak lelaki dan dua perempuan warga Indonesia; Vietnam (15 perempuan); Thailand (tujuh perempuan) serta; Myanmar (dua lelaki),” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Wanita warga asing PATI GRO Jabatan Imigresen JIM Negeri Perak operasi premis serbuan Meor Hezbullah
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Perak melakukan operasi yang menyasarkan empat premis melibatkan premis perniagaan dan kediaman di sekitar Ipoh pada Sabtu. – foto IHSAN IMIGRESEN PERAK

Tambah beliau, kesemua yang ditahan berusia antara dua hingga 50 tahun di bawa Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,

Ujar Meor Hezbullah, antara kesalahan dilakukan dikesan termasuk Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

Kata beliau, turut dikesan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (c) iaitu telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan serta kesalahan di bawah Peraturan 39(b), serta Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan.

“JIM Perak berterima kasih kepada masyarakat yang peka berhubung dengan isu pembenterasan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti kurang bermoral.

“JIM Perak berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras keberadaan PATI dalam negara ini,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 PATI

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI