Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tak bersalah terima rasuah

IPOH – Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan rasuah berjumlah RM3,300 daripada pengarah sebuah syarikat, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Saibullah Zaid Abdul Halim, 46, membuat pengakuan itu selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang bertugas di JPJ Pulau Pinang didakwa menerima wang suapan berjumlah RM3,300 daripada seorang pengarah syarikat berusia 44 tahun berkaitan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat berkenaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tertuduh didakwa menerima kesemua wang tersebut melalui akaun bank milik isterinya berusia 47 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Oktober 2017 hingga Mac 2018 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kuala Kangsar.

Pertuduhan terhadap bapa kepada tiga orang anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tak bersalah terima rasuah
Tertuduh, Saibullah Zaid Abdul Halim, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas lima pertuduhan rasuah berjumlah RM3,300 daripada pengarah sebuah syarikat, tujuh tahun lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JUN 2024.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman mencadangkan supaya tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua lima pertuduhan.

Afiqa Liyana turut memohon dua syarat tambahan iaitu dokumen perjalanan (pasport) tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tertuduh juga perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran tempat tinggal setiap bulan tanpa gagal.

Peguam tertuduh, Mohamed Firdaus M Farouk bagaimanapun memohon agar jumlah ikat jamin minimum diberikan ke atas anak guamnya yang mempunyai tanggungan tiga anak berusia 15 hingga 21 tahun yang mana dua daripadanya masih belajar manakala isterinya pula tidak bekerja.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 untuk kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melaporkan diri pejabat SPRM setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Ogos depan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rasuah RM1.6 juta: Peguam direman empat hari bantu siasatan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI