Rasuah RM1.6 juta: Peguam direman empat hari bantu siasatan

IPOH – Seorang peguam direman empat hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada seorang usahawan berjumlah RM1.6 juta.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Ipoh, Noor Azreen Liana Mohd Darus di Lokap Mahkamah, Wisma Wan Mohamed, dekat sini, pada Khamis.

Selain itu, perintah reman sehingga 12 Mei tersebut dikeluarkan selepas permohonan dibuat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Media sebelum ini melaporkan seorang peguam yang dipercayai menerima sogokan berjumlah RM1.6 juta daripada seorang usahawan ditahan SPRM Negeri Perak pada Rabu.

Difahamkan, wang sogokan itu bertujuan membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan usahawan terbabit.

Suspek dipercayai ditahan di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh sekitar jam 11 pagi selepas menerima wang tunai berjumlah RM100,000 serta dua keping cek bernilai RM 1.5 juta daripada usahawan berkenaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Peguam terima sogokan RM1.6 juta ditahan SPRM Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI