MGPerak: Rancangan Buka Kawasan Industri Teknologi Tinggi Cepatkan Projek LRA Utara Perak

319

Rancangan pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 semalam akan membantu mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan air (LRA) di Utara Perak sebagaimana yang dicadangkan kerajaan negeri sebelum ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek pembinaan LRA itu dilihat penting kerana ia bagi menampung keperluan bekalan air baik untuk sektor industri mahupun pengairan kawasan-kawasan pertanian. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini