Kerajaan Negeri Perak mengumumkan caj perkhidmatan tempatan (CPT) yang akan dikenakan kepada pengunjung yang menginap di Perak bermula 1 Januari 2025.
Kadar yang dikenakan kepada para pengunjung ke tempat penginapan atau permalaman adalah RM3 bagi setiap bilik untuk satu malam.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, caj sebegini telah pun dilaksanakan di beberapa negeri lain dengan pelbagai nama caj dan tafsiran.