Perak peruntuk RM400,000 pembangunan infrastruktur rumah anak yatim

GOPENG – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM400,000 bagi pembangunan infrastruktur termasuk kepada rumah jagaan dan asrama anak yatim di seluruh negeri.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ia merupakan langkah kerajaan negeri dalam memastikan golongan anak yatim terus terbela.

Katanya, walau bagaimanapun penyaluran peruntukan berkenaan akan memberi tumpuan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan seperti situasi infrasrtuktur daif.

Kerajaan negeri perak anak yatim pembangunan infrastruktur rumah asrama Salbiah kebajikan ibu bapa anak
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed pada sidang media program Semarak Kasih Muharam sempena ‘Hari Anak Yatim’ 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JULAI 2024.

“Selain turun padang melihat sendiri keperluan mereka, kita juga meluluskan permohonan yang dibuat terutama berkaitan pembangunan infrastruktur, termasuk kepada anak-anak yatim.

“Usaha ini bagi memastikan golongan itu dapat tinggal dalam keadaan selesa dan terjaga demi perkembangan mereka,” katanya.

Kerajaan negeri perak anak yatim pembangunan infrastruktur rumah asrama Salbiah kebajikan ibu bapa anak
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika berucap pada program Semarak Kasih Muharam sempena ‘Hari Anak Yatim’ 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Semarak Kasih Muharam sempena Hari Anak Yatim 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Nor Tipah Majin serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Profesor Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor.

Program yang berlangsung selama dua hari itu antara lain bertujuan mahu memupuk rasa sayang di samping mewujudkan hubungan baik antara masyarakat dengan anak-anak yatim.

Kerajaan negeri perak anak yatim pembangunan infrastruktur rumah asrama Salbiah
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyantuni anak yatim pada program Semarak Kasih Muharam sempena ‘Hari Anak Yatim’ 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JULAI 2024.

Dalam perkembangan berasingan, Salbiah menasihatkan kepada ibu bapa untuk memberi penumpuan atau pemantauan penuh kepada anak masing-masing susulan kekerapan kes jenayah melibatkan remaja sejak akhir-akhir ini.

Ujar beliau, ibu bapa harus memastikan keselamatan anak mereka berada pada tahap terbaik tanpa mengira sama ada anak lelaki mahupun perempuan.

Malah Salbiah berkata, anak-anak juga harus memainkan peranan dalam memastikan diri sentiasa berwasapa dalam apa juga keadaan, walaupun bersama dengan orang yang dikenali.

Sebahagian dari anak yatim yang hadir pada program Semarak Kasih Muharam sempena ‘Hari Anak Yatim’ 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JULAI 2024.

“Kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan sesiapa yang mendekati kita, termasuk dalam kalangan kawan-kawan, apatah lagi dengan orang yang tak dikenali.

“Oleh sebab itu, dalam siri-siri advokasi yang dijalankan kerajaan negeri kita sering menasihatkan kepada ibu bapa dan anak untuk tidak mudah mempercayai orang lain.

“Ini kerana, sering kita dengar dan baca melalui media berlakunya kes jenayah melibatkan orang yang dikenali mangsa. Justeru, perkara seperti ini, harus dielakkan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KIR miskin tegar di Perak hampir dinoktahkan – Salbiah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI