Perak saran koperasi teroka peluang baharu dan manfaat AI

GERIK – Semua koperasi di Negeri Perak disaran untuk meneroka peluang perniagaan dan perkhidmatan baharu termasuk mengambil manfaat daripada penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, organisasi koperasi seharusnya tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi masa kini.

Katanya, usaha itu penting dalam memastikan koperasi bukan sahaja boleh bersaing di peringkat tempatan malah berani untuk ke arena global.

Perak saran koperasi teroka peluang baharu, ambil manfaat perkembangan AI Saarani negeri perak kerajaan negeri Gerik
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sidang media Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Perak dan Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Daerah Hulu Perak di Dewan Serbaguna Gerik, Perak, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JULAI 2024.

“Koperasi-koperasi ini ia bukan setakat kekal dengan perniagaan yang sedia ada, akan tetapi perlu juga bersedia untuk melangkah jauh dan keluar daripada kepompong kebiasaan.

“Ada sesetengah koperasi ini keuntungannya hanya berasaskan kepada pinjaman tunai. Ia seolah-olah jadi seperti koperasi pinjam-meminjam saja.

“Oleh sebab itu, saya mahu supaya koperasi-koperasi ini sentiasa ke hadapan, lebih kreatif dan lebih berani untuk bersaing secara lebih sihat,” katanya.

Perak saran koperasi teroka peluang baharu, ambil manfaat perkembangan AI Saarani negeri perak kerajaan negeri Gerik
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Perak dan Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Daerah Hulu Perak di Dewan Serbaguna Gerik, Perak, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi Negeri Daerah Hulu Perak di Dewan Serbaguna Gerik, pada Jumaat.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Mengulas lanjut, Saarani juga menyarankan agar koperasi turut sama dalam sektor industri asas tani yang semakin mendapat tempat dalam pasaran.

Katanya, di samping terlibat dalam kegiatan tanaman sawit, organisasi berkenaan boleh menceburi bidang-bidang pertanian yang melibatkan sumber bahan makanan.

Perak saran koperasi teroka peluang baharu, ambil manfaat perkembangan AI Saarani negeri perak kerajaan negeri Gerik
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan Anugerah Koperasi Harapan kepada wakil Koperasi Kariah Masjid Nurussalam Gerik Berhad pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Perak dan Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Daerah Hulu Perak di Dewan Serbaguna Gerik, Perak, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JULAI 2024.

“Ambil contohlah, ada usahawan kerepek ubi yang mengadu susah dia hendak mendapatkan bahan mentah ubi.

“Oleh sebab itu, mengapa tidak koperasi dan ahli-ahlinya mula bertanam ubi. Ia pada masa sama boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada ahli-ahli koperasi sendiri itu sendiri,” jelasnya.

Selain itu, Saarani juga mengulangi pandangan untuk koperasi di Perak untuk mengintai peluang-peluang ekonomi baharu susulan beberapa projek mega yang sedang giat dibangunkan di negeri ini.

Kata beliau, ia termasuk projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim; Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Lumut dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed beramah mesra bersama penduduk setempat ketika hadir pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Perak dan Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Daerah Hulu Perak di Dewan Serbaguna Gerik, Perak, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JULAI 2024.

Jelas Saarani, kerajaan negeri berharap limpahan nikmat pembangunan yang menyeluruh, dan kesejahteraan ekonomi dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di kawasan terbabit.

“Koperasi yang cekap, akan mula melihat ini sebagai peluang untuk mewujudkan ekonomi baharu.

“Ia seperti mengusahakan perkhidmatan dobi, kedai runcit atau apa-apa perniagaan dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan di kawasan berkenaan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak sasar RM800,000 nilai jualan Malaysia Fest 2024 di Singapura

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI