Pukul pelajar Tingkatan Satu, lima ‘senior’ ditahan polis

IPOH – Polis menahan lima pelajar lelaki susulan kes seorang pelajar Tingkatan Satu dipukul di sebuah sekolah menengah di sini, pada minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semua remaja lelaki yang berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.

Katanya, penahan itu dilakukan susulan satu laporan polis yang diterima pihaknya berhubung kejadian mangsa didakwa dipukul pelajar-pelajar Tingkalan Lima dan Empat, pada Rabu lalu.

“Mangsa telah mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan. Mangsa juga telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun ipoh sebagai pesakit luar.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Menurut Azizi, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.

Ujar beliau, di bawah seksyen itu ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

“Siasatan kes sedang dijalankan dan keterangan saksi-saksi terlibat akan dirakam percakapan.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa jua keadaan dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anak tergamak pukul bapa guna kerusi plastik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI