Banjir di Muallim semakin pulih, satu PPS ditutup

IPOH – Situasi banjir kilat di Daerah Muallim semakin pulih selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir ditutup pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, PPS SMK Khir Johari Tanjung Malim ditutup pada jam 8 pagi selepas 10 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, PPS yang dibuka sejak Ahad itu menempat tiga keluarga dari Kampung Ketoyong, Kampung Leonardo, Kampung Berop dan Kampung Kelawar.

“Sementara sebuah lagi PPS iaitu di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen masih lagi dibuka dan menempatkan 56 mangsa banjir.

“Semua mereka yang terdiri daripada 13 keluarga itu masing-masing dari Kampung Sri Behrang dan Kampung Pauh,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, sebelum itu setakat jam 2 pagi, seramai 66 mangsa daripada 16 keluarga yang terjejas banjir ditempatkan di dua PPS di Muallim.

Tambahnya, selain cuaca di lokasi baik, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air di Sungai Slim, Slim River merekodkan paras normal iaitu 24.02 meter.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Kerja Raya (JKR) pula memberitahu dua jalan FT 004 Jalan Raya Timur Barat di Hulu Perak dan FT 1152 Felda Trolak Selatan, di Batang Padang masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.

“Sementara itu, FT 73 Jalan Siputeh – Batu Hampar di Perak Tengah turut terjejas akibat tanah runtuh dan oleh itu penutupan jalan melibatkan satu lorong sedang dilaksanakan,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir: Jumlah mangsa di Muallim lepasi angka 100

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI