Lima senior pukul pelajar: Kes selesai, polis klasifikasikan NFA

IPOH – Siasatan polis berhubung kes buli lima pelajar senior lelaki terhadap seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah berasrama, dekat sini bulan lalu, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semua pelajar terlibat yang berusia 16 dan 17 tahun itu telah diberikan amaran polis agar mereka tidak mengulangi perkara sama.

“Keputusan yang ditetapkan Timbalan Pendakwa Raya itu hasil persetujuan yang dicapai secara harmoni antara pihak polis dan sekolah.

“Kita minta untuk pelaku-pelaku tidak melakukan hal sedemikian lagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Jumaat.

Azizi memberitahu, persetujuan itu dicapai dengan baik tanpa wujud sebarang unsur paksaan di samping hasil kepada penilaian-penilaian yang berkaitan dengan kes.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam kes itu pihak sekolah masih boleh mengambil tindakan disiplin sewajarnya supaya menjadi pengajaran kepada pelajar lain.

“Jika sekolah nak ambil tindakan disiplin, itu terpulang. Kita juga telah menggesa pihak sekolah terutama warden untuk mengawasi setiap pergerakan mereka yang terlibat serta pelajar asrama lain bagi memastikan kes sama tidak berulang,” katanya lagi.

Pada 29 Julai, media melaporkan polis menahan lima pelajar lelaki susulan kes seorang pelajar Tingkatan Satu dipukul di sebuah sekolah menengah di sini, bulan lalu.

Polis membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

JPN serah sepenuhnya pada polis kes lima senior pukul junior

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI