Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup

IPOH – Situasi banjir di daerah Hulu Perak pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 105 mangsa daripada 36 keluarga ditutup pada 9.30 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Semalam, lebih 100 mangsa ditempatkan di dua PPS di daerah berkenaan selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi.

Dua PPS itu dibuka pada 1 pagi berikutan bencana banjir yang melanda tiga kampung iaitu Kampung Bandariang, Kampung Sira Panas, dan Kampung Padang.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI