ALUNAN muzik retro era 80an serta pancaran bola disko menggamit pengunjung untuk singgah ke ‘Groovy Coffee‘, perniagaan kopi menggunakan sebuah van yang terletak di perkarangan Karat Cafe, di Jalan Sultan Abdul Jalil, Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh.
Pemiliknya, Amir Zainuddin, 25, berkata, idea untuk menjalankan perniagaan kopi tercetus selepas dia bersama abangnya, Muhammad Aideed Zainuddin, 29, merasakan orang muda pada masa kini gemar menjadikan kopi sebagai medium untuk berkumpul dan meluangkan aktiviti bersama.
Groovy Cafe ini berkonsepkan ‘80’s pop‘ kerana dia amat meminati muzik pada era tersebut dan menterjemahkan elemen funky dan disko ke kedai kopi kecil mereka itu. – MGPerak