SUKMA 2024: Perak kini berada di tangga ke-9

IPOH – Kontinjen Perak menambah satu pingat perak dan empat pingat gangsa di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, pada Sabtu.

Pingat perak disumbangkan disumbangkan atlet karate, Luqman Syah Ahmad Jasman Syah menerusi acara kata individu yang memperoleh 36.4 mata selepas tewas kepada atlet dari Pulau Pinang, Song Chan Zhen yang mengumpul 38.8 mata untuk memenangi pingat emas bagi acara itu.

Pasukan sepak takraw wanita Perak pula berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas memperoleh empat mata daripada empat perlawanan yang berlangsung di Stadium Muhibbah di Bintulu, Sarawak.

Sabah mengekalkan kedudukan mereka sebagai pasukan sepak takraw wanita terunggul dengan menjuarai pingat emas setelah menewaskan Sarawak 3-0 dalam perlawanan terakhir liga sepusingan SUKMA 2024.

Dalam pada itu, atlet taekwando Perak, Chun Yao Fan hanya berpuas hati meraih pingat gangsa dengan 5.73 mata bersama wakil Sabah Ned Augusti Nelson (6.10 mata) bagi kategori poomase gaya bebas individu lelaki.

Pingat emas dimenangi, peserta tuan rumah Chin Ken Haw yang mengutip 7.23 mata manakala wakil dari Johor Le Jie Khoo untuk pingat perak dengan pungutan 6.77 mata.

Seorang lagi atlet taekwando dari Perak, Norhanis Erna Natasha Mohd Hufzaini turut memenangi pingat gangsa bersama atlet Sarawak, Eileen Li Ching Chang untuk acara 57 kilogram (kg) wanita.

Atlet dari Terengganu, Hoo Ee Jean memperoleh pingat emas selepas menewaskan Yap Pui Teng dari Pulau Pinang bagi acara tersebut yang diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching.

Atlet menembak, Nazirul Iqbal Roszaini turut membantu kontinjen Perak menyumbangkan pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) air rifle lelaki.

Setakat ini, Perak berada di kedudukan kesembilan dengan kutipan pingat keseluruhan tiga emas, empat perak dan lapan gangsa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

SUKMA 2024: Perak terus buru pingat, raih emas ketiga

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI