Dua lelaki nyaris maut MPV dinaiki terbakar

BERUAS – Dua lelaki nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaiki terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam nahas di Kilometer (KM) 230.4 Lebuhraya Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Beruas petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kedua-dua mangsa berusia 18 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan sempat keluar daripada kenderaan tersebut sebelum terbakar.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.37 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba dilokasi didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah MPV Produa Alza sebanyak 95 peratus selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat dua mangsa lelaki yangg mengalami cedera ringan telah keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pihak bomba.

“Tindakan ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis selepas enggan menerima rawatan dari mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Sukardi Mohamed terkawal pada jam 5.56 dan tamat sepenuhnya jam 6.14 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga rumah, tiga motosikal terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI