Tambah baik silibus, buku teks: KPM terima pandangan mana-mana pihak

GERIK – Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka menerima pandangan daripada mana-mana pihak berhubung penambahbaikkan silibus dan kandungan buku teks termasuk bagi subjek Sejarah tempatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, bagaimanapun KPM mempunyai panel penilai yang terdiri daripada pakar-pakar akademik bagi memastikan setiap kandungan dalam pengajian di sekolah berdasarkan fakta yang tepat.

Tambah baik silibus buku teks KPM terima pandangan mana-mana pihak sekolah Wong Kah Woh
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh pada sesi sidang media ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Gerik, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 SEPTEMBER 2024.

“Hasil silibus dibentuk dan buku teks yang diterbitkan untuk pembelajaran di sekolah ketika ini adalah hasil daripada pelbagai siri sesi libat urus bersama pakar-pakar sebelum ini.

“Dan oleh sebab itu, bagi KPM subjek (silibus dan kandungan buku teks) sedia ada ini adalah mantap,” katanya.

Tambah baik silibus buku teks KPM terima pandangan mana-mana pihak sekolah Wong Kah Woh
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh bergambar kenangan bersama murid-murid ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Gerik, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 SEPTEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) di Sekolah Kebangsaan RPS Banun, dekat sini, pada Rabu.

Selain itu Kah Woh menjelaskan, KPM akan memperkenalkan pendekatan baharu dalam Kurikulum Persekolahan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Jelas beliau, dalam usaha itu KPM akan melaksanakan proses libat urus dengan pakar dalam subjek masing-masing bagi memperoleh input terkini yang akan diaplikasikan pada kurikulum di sekolah nanti.

Tambah baik silibus buku teks KPM terima pandangan mana-mana pihak sekolah Wong Kah Woh
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh hadir serta mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Gerik, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 SEPTEMBER 2024.

Kah Woh sebelum itu diminta mengulas berkenaan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan pakar sejarah kesal terhadap buku teks Sejarah tempatan yang didakwa masih tidak diubah faktanya walaupun terdapat banyak rekod dan sumber tidak tepat.

Mengambil contoh Perjanjian Pangkor, Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmi Arifin dilaporkan berkata, fakta yang direkodkan tidak betul.

Beliau berkata, buku teks Sejarah tempatan merekodkan bahawa berlakunya perebutan takhta Kesultanan Perak sewaktu ketika dahulu, sedangkan hal berkenaan didakwa tidak berlaku.

Dalam perkembangan lain, Kah Woh memberitahu, KPM sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi segera.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh meninjau bilik darjah ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Gerik, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 SEPTEMBER 2024.

“Kita mahu memastikan unjuran keperluan guru di semua sekolah seluruh negara dapat dipenuhi.

“Dan kita menjangkakan pada Oktober nanti suatu jumlah penempatan guru baharu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dilaksanakan,” katanya lagi.

Pada Selasa, media melaporkan seorang bekas guru dikenali sebagai Mohd Fadli Mohamed Salleh telah memuat naik hantaran pada laman sosial Facebook berkenaan isu kekurangan guru yang dilihat bagaikan tiada kesudahan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPM salur RM300,000 kepada tujuh sekolah di Taiping

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI