Satu PPS dibuka di Kerian susulan banjir

IPOH – Seramai 28 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian dekat sini susulan kawasan Kampung Matang Tengah dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia memaklumkan setakat ini tiada amaran ribut petir dan hujan berterusan pada Ahad.

Selain itu, MET Malaysia meramalkan beberapa daerah termasuk Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hulu Perak dan Kuala Kangsar akan mengalami hujan bermula pagi hingga malam ini.

Satu PPS dibuka di Kerian, tempatkan 28 mangsa banjir
Keadaan paras air di kawasan terjejas banjir. – Foto Ihsan APM Kerian

Bagaimanapun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak memaklumkan bahawa Kolam Air Bukit Merah di Kerian kini berada pada tahap amaran dengan paras air setinggi 9.09 meter.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Kerja Raya (JKR) pula memberitahu jalan FT 147 Jalan Bagan Serai – Changkar Lobak di Kerian hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

“Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai kenderaan ringan diminta untuk menggunakan jalan alternatif di jalan A 111 Jalan Pintasan Alor Pongsu – Bukit Merah,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

NADMA, agensi berkaitan pantau banjir, laksana SOP

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI