Lelaki maut kereta terbabas dalam ladang kelapa sawit 

LUMUT – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam ladang kelapa sawit di Kilomter (KM) 211.8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 4.35 petang tadi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kembara terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit.

“Terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketua operasi kemudiannya melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap)dan anggota mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kenderaan dengan menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.37 petang.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rempuh lori muatan tanah: Ibu maut, anak cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI