‘Perak Pawsitive Initiative’ program pemandulan kucing bersubsidi

IPOH – Kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) akan menganjurkan ‘Perak Pawsitive Initiative‘- Program Pemandulan Kucing Bersubsidi@Tanjung Malim bagi mengawal populasi haiwan peliharaan itu supaya tidak berlaku lambakan di lokasi awam.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, program tersebut adalah kesinambungan daripada Kempen Pemandulan Anjing Bersubsidi yang dijalankan di Dewan Bandaran Gopeng pada September lalu.

Menurutnya, kempen kali ini menyasarkan pemilik kucing supaya lebih bertanggungjawab dalam mengawal populasi haiwan tersebut.

“Kewujudan haiwan jalanan berpunca daripada pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab kerana amalan pemandulan bukan menjadi satu ‘mainstream’ barangkali ada anak kucing, anak anjing dilahirkan yang akan dibuang di pasar, tepi jalan.

“Kempen ini target (menyasarkan) pemilik haiwan supaya ambil tanggungjawab supaya masalah tersebut dapat diatasi. Ini akan menjadi situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.

'Perak Pawsitive Initiative' bantu kawal populasi kucing menerusi program pemandulan bersubsidi
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika sidang media Program ‘Perak Pawsitive Initiative’ Kempen Pemandulan Kucing Bersubsidi @ Tanjung Malim di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 09 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Pemandulan Kucing Bersubsidi peringkat Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Yang Dipertua MDTM, Mohd Ikram Ahmad dan wakil Klinik Haiwan dan Surgeri Tanjung Malim, Dr Nurul Ashikin Sapian.

Dalam perkembangan berkaitan, program berkenaan akan berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang bermula 18 sehingga 20 Oktober ini bertempat di Klinik Haiwan dan Surgeri Tanjung Malim.

“Menerusi program ini kita menyasarkan 200 ekor kucing peliharaan untuk dimandulkan pada harga subsidi iaitu RM40 (harga asal RM120) bagi kucing dan RM90 (harga asal RM170) bagi kucing betina.

“Program perintis yang dijalankan di Gopeng, sebanyak 93 ekor anjing telah dimandulkan, 38 lesen permohonan baharu dan pembaharuan turut dikeluarkan.

“Selain itu, sebanyak 96 ekor anjing telah disuntik vaksin rabies manakala 139 ekor anjing lagi disuntik vaksi 6+1 dan sebanyak lima ekor anjing diadopsi,“ ujarnya.

Shy Ching berharap program tersebut akan mendapat sambutan baik oleh masyarakat terutamanya pemilik kucing demi menjamin keharmonian komuniti serta kebajikan haiwan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak kaji pelaksanaan wajibkan pemandulan anjing sebelum mohon lesen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI