Abai arnab hingga mati, peniaga mengaku tidak bersalah

IPOH – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan tidak memberi makan arnab peliharaan sehingga mati.

Tertuduh Shairazi Jamal Hatun, 43, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah cuai untuk menyediakan makanan dan minuman bagi dua ekor arnab miliknya sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati manakala seekor lagi berada dalam keadaan terlalu kurus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam kawasan zoo haiwan peliharaan di Jalan Simpang Pulai, Kampung Kepayang, dekat sini, pada jam 11 pagi, 9 Jun tahun lalu.

Berikutan itu, lelaki terbabit didakwa mengikut Subseksyen 29(1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 29 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai sebutan semula kes serta serahan dokumen dan lantikan peguam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penoreh getah mengaku bersalah cedera lelaki guna pisau

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI