Lelaki Orang Asli ditemukan lemas

PASIR SALAK – Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing pada petang Khamis ditemukan lemas di Sungai Tumboh, Kampung Gajah dekat sini, pada Jumaat.

Jasad Iswandi Isa, 42, ditemukan pasukan penyelamat pada jarak 3 kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemukan pada jam 7. 20 malam.

“Pasukan penyelamat menemukan mangsa ketika dalam perjalanan dari kawasan pencarian di hilir sungai ke pusat kawalan bomba (PKB).

“Mangsa yang ditemukan kemudian dibawa ke PKB sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Menurut beliau, operasi disertai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dengan dibantu BBP Seri Iskandar itu melibatkan kawasan pencarian sejauh 5 km.

Sabarodzi berkata, keadaan air sungai di lokasi kejadian agak keruh serta deras.

“Operasi membabitkan kaedah pencarian pada permukaan air telah melibatkan dua bot JBPM, serta satu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ia juga turut dibantu anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Teluk Intan dan BBP Pulau Pangkor,” katanya lagi.

Operasi diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Abd Hadi Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki Orang Asli dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, pada Khamis.

Keluarga mangsa membuat laporan polis selepas lelaki itu gagal dihubungi, manakala pemeriksaan mendapati motosikal dan joran milik mangsa terdapat di kawasan kelapa sawit berhampiran sungai tersebut. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI