Kedai runcit jual minyak masak paket lebih had dikenakan tindakan

MANJUNG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengenakan tindakan terhadap sebuah kedai runcit selepas dipercayai menjual minyak masak paket 1 kilogram (kg) melebihi had, dekat sini, pada Sabtu.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, susulan aduan orang awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan barang kawalan itu secara borong, sepasukan penguat kuasa KPDN Manjung menyerbu premis tersebut sekitar jam 1.30 tengah hari.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis dua tingkat tersebut mempunyai Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) bagi gula, minyak masak, dan tepung gandum yang masih sah dengan had kuantiti 500 kg setiap jenis barang.

“Pemeriksaan lanjut ke atas premis telah menemui minyak masak paket 1 kg pelbagai jenama sebanyak 870 kg, dan minyak masak botol pelbagai jenama sebanyak 87 kg.

“Kesemua barangan itu diletakkan dalam satu ruangan tangga yang disyaki dijadikan stor simpanan. Jumlah minyak masak yang ditemui melebihi had yang dibenarkan dalam lesen,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut Kamalludin, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang mengaku sebagai pemilik kedai runcit tersebut akur dan faham akan tindakan diambil KPDN dalam serbuan tersebut.

Justeru ujar beliau, pihaknya menyita kesemua minyak masak tersebut yang dianggarkan berjumlah RM4,567.50 dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan
Kawalan Bekalan 1961.

Kata beliau, jika sabit kesalahan bagi perseorangan, selain dari badan korporat, tetapi termasuk pengarah atau pegawai sesuatu badan korporat, boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan pertubuhan atau perbadanan, mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta sama, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” tambah beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN serbu stor haram simpan 5,550 liter diesel tanpa permit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI