Nelayan dikhuatiri lemas terjatuh dari bot di Sungai Bernam

BAGAN DATUK – Seorang nelayan lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Bernam berhampiran pelantar ikan Hutan Melintang, di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ng Kawai, 30, dikatakan terjatuh ketika cuba menyeberangi dari sebuah bot ke bot yang lain.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.06 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“APM Bagan Datuk telah menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk berkenaan laporan orang hilang di pelantar ikan di Hutan Melintang.

“Maklumat awal kejadian terdapat seorang lelaki dewasa terjatuh dari bot ketika cuba menyeberangi bot lain di Sungai Bernam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Fazly, pos kawalan APM dibuka dilokasi kejadian dan anggota terlibat telah membuat pemantauan di lokasi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 7 malam dan akan bersambung esok pagi,” katanya.

Tambah beliau, seramai tujuh pegawai dan anggota APM Bagan Datuk beserta sebuah ambulans terlibat dalam operasi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat nelayan jatuh bot di laut ditemui

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI