IPOH – Seorang guru wanita berusia 43 yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember lalu selamat ditemukan di Teluk Intan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, wanita terbabit dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu berjaya ditemukan hasil maklumat orang awam.
“Polis berjaya menemui mangsa orang hilang pada jam 2 petang di Teluk Intan.
“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian kehilangan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan, Cikgu Nur Nazalishah yang beralamat di Taman Lapangan Harmoni dilaporkan hilang selepas tidak hadir ke sekolah sejak 10 Disember lalu.
Laporan kehilangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson itu dibuat abang wanita terbabit di Balai Polis Tampoi, Johor pada 18 Disember. – MG Perak
Artikel Berkaitan: