MGPerak: 130 Anak Nelayan Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah

140

Seramai 130 anak nelayan di Kerian menerima sumbangan berupa kelengkapan barangan persekolahan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM15,000.

Ia disampaikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil pada Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah (LKIM-Petronas) di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)Tanjung Piandang, pada Sabtu.

Antara barangan yang disampaikan adalah baucar untuk pakaian dan kasut sekolah, serta peralatan lain iaitu beg, botol air dan bekas alat tulis.

Program anjuran LKIM dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Petronas itu diadakan sebagai usaha mengurangkan kos para nelayan dalam melakukan persiapan anak untuk menempuh tahun baru persekolahan yang bakal tiba. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini