GERIK – Kerajaan Perak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menawarkan perkhidmatan kaunseling jika diperlukan kepada kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa dera oleh seorang guru di sebuah sekolah di Jelapang, Ipoh.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, perkhidmatan itu lazimnya akan disediakan Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKM. – MGPerak