Kerjasama swasta bangunkan Ipoh Sentral kurangkan beban kewangan kerajaan

IPOH – Projek Berorientasikan Transit, Ipoh Sentral seperti KL Sentral di Kuala Lumpur, dijangka dibangunkan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM6.25 bilion.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pembangunan projek di atas tanah seluas 27.1 hektar berhampiran bangunan Stesen Keretapi Ipoh dijangka dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun ini.

Ipoh Sentral pembangunan projek stesen keretapi ipoh Anthony pengangkutan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pembangunan Ipoh Sentral Antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd di Hotel Weil, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2025.

Katanya, projek itu dilaksanakan melalui model Kerjasama Awam Swasta PPP yang melibatkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Kerajaan Negeri Perak, dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

“Projek Ipoh Sentral adalah contoh yang baik pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang mengintegrasikan pengangkutan awam dengan pembangunan bercampur seperti perumahan, perniagaan, dan rekreasi.

“Konsep ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian, tetapi juga menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sejajar dengan agenda perubahan iklim negara.

“Di samping itu ia akan menjadi hab pengangkutan moden yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan seperti kereta api dan bas di Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pembangunan Ipoh Sentral antara Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) dan Country Annexe Sdn Bhd (CASB), di sini, pada Khamis.

Ipoh Sentral pembangunan projek stesen keretapi ipoh Anthony pengangkutan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (dua, kanan) bergambar ketika Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pembangunan Ipoh Sentral Antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd di Hotel Weil, Ipoh, pada Khamis. Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (kiri) dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah (kanan). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2025.

Majlis berkenaan itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim yang mewakili CASB sementara ISSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Firdaus Effendy Mokhtar.

Ia turut disaksikan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta Pengerusi MRCB Land ,Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Anthony berkata, MRCB, melalui anak syarikat Country Annexe Sdn. Bhd., memainkan peranan penting sebagai pemaju utama projek ini.

Kata beliau, pembangunan Projek Ipoh Sentral dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan elemen warisan dan budaya, dengan ia bermula dengan kerja-kerja pembangunan landskap.

Ipoh Sentral pembangunan projek stesen keretapi ipoh Anthony pengangkutan
Gambaran artis dan konsep pembangunan Projek Ipoh Sentral. Foto Ihsan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).

“Bagi fasa pertama ia akan disiapkan dalam tempoh dua tahun yang mana ia termasuk dengan kerja-kerja menaik taraf dan pemuliharaan kawasan sedia termasuk rumah ibadat, dan pembinaan masjid.

“Sementara fasa kedua melibatkan pembangunan bercampur di kawasan seluas 24.7 hektar bagi pembinaan pangsapuri, ruang pejabat dan komersial, hotel, serta kemudahan masyarakat,” ujarnya.

Ketika pada sidang media Anthony memberi jaminan pembangunan Ipoh Sentral tidak menjejaskan Stesen Keretapi Ipoh, kerana kawasan projek terletak di belakang bangunan warisan berkenaan.

Tegas beliau, malah pihaknya akan terus memulihara dan memelihara bangunan bersejarah berkenaan sebagaimana yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kampung tradisi Melayu cetus perkembangan Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI