MGPerak: Serah Pada JAIPk Siasat Khatib Baca Teks Khutbah Jumaat Negeri Lain – Saarani

44

Perak menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi menyiasat dakwaan seorang khatib yang dikatakan tidak membacakan teks Khutbah Jumaat yang disediakan pihak berkuasa agama negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara berkenaan seharusnya tidak timbul kerana setiap teks Khutbah Jumaat telah disiapkan lebih awal iaitu kira-kira sebulan atau dua bulan sebelum ia diterbitkan untuk edaran.

Katanya, tindakan membacakan teks khutbah dari negeri lain juga perlu dirujuk kepada JAIPk bagi turut menjalankan siasatan sama ada ia melanggar mana-mana peruntukan perundangan atau sebaliknya. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini