MGPerak: Gangguan Bekalan Air Di Tapah, Bidor, Teluk Intan Dijangka Pulih Mulai Esok

188

IPOH – Gangguan bekalan air yang melibatkan kira-kira 50,000 akaun pengguna Lembaga Air Perak (LAP) di Tapah, Bidor dan Teluk Intan akan pulih secara berperingkat menjelang esok.

Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, LAP telah mengeluarkan Notis Gangguan Bekalan pada 6 Februari lalu bagi melaksanakan kerja pencarian paip yang bocor dan telah mula melakukan kerja pembaikan pada hari sama.

Menurutnya, kerosakan itu berpunca daripada kebocoran saluran paip air mentah dari Intake (muka sauk) Batu 7 Sungai Woh yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh yang berlaku sejak 4 Februari lalu. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini