IPOH – Sebanyak 11 usul telah dibahas pada Persidangan Perundingan Wanita Negeri Perak yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada 22 Februari lalu.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, usul itu merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan sosial, dan kesejahteraan wanita.
Katanya, kerajaan negeri memandang serius terhadap segala isu yang dibangkitkan pada persidangan itu kerana setiap cadangan yang dikemukakan bertujuan untuk memastikan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. -MGPerak