PRK Ayer Kuning: Pas laksana dua kajian sebelum pilih Abd Muhaimin

TAPAH – Pas telah menjalankan dua kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih Abd Muhaimin Malek sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kajian itu dibuat bagi memastikan calon yang ditampilkan cukup layak untuk mewakili PN.

Menurutnya, Pas Kawasan Tapah telah mencadangkan tiga calon termasuk Abd Muhaimin kepada Pas Perak sebelum nama mereka dipanjangkan ke Jawatankuasa Pas Pusat yang kemudiannya diserahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas.

“Dalam Pas setiap calon yang kita nak pilih, kita minta kawasan senaraikan calon dan angkat kepada negeri. Negeri hendaklah teliti semua calon dengan sifat-sifat yang layak dan mampu bila mana rakyat pilih dia sebagai pemimpin.

“Setelah negeri puas hati, beberapa nama diangkat ke Jawatankuasa Pas Pusat untuk mengesahkan keahlian parti, sifat dia, kemampuan dia dan kita angkat ke Majlis Syura pula.

“Majlis Syura tidak melihat potensi menang atau kalah. Majlis Syura hanya lihat dari segi syarak. Dari segi syaraknya dia layak atau tidak jadi calon Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pengisytiharan Calon PN PRK N.48 Ayer Kuning di Padang Awam Tapah Road di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim menjelaskan, pihaknya turun padang bagi melaksanakan kajian tersebut dengan bertemu pengundi di bawah melibatkan semua untuk mendapatkan kriteria calon yang sesuai mewakili mereka di Ayer Kuning.

“Kita berjumpa dengan semua lapisan masyarakat dan menjalankan tinjauan sebelum memutuskan calon yang akan bertanding pada PRK ini,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan bahawa Abd Muhaimin adalah calon yang diterima sebulat suara oleh PN. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Abd Muhaimin berazam tadbir DUN Ayer Kuning dengan jujur, adil

‘PN’ Abd Muhaimin pada PRK Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI