MGPerak: PRK Ayer Kuning: Ustaz Yusri Bertukar Risalah Kempen Dengan Bawani

175

Suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di perkarangan Pasar Awam Tapah berlangsung dengan tenang meskipun berlaku pertembungan di antara dua parti yang bertanding.

Kematangan politik yang ditunjuk calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir bersama jenteranya serta calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS bersama penyokongnya turut menarik perhatian pengunjung.

Bawani bersama jenteranya tiba sekitar jam 7.45 pagi manakala Mohamad Yusri atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri tiba sekitar jam 8 pagi sebelum masing-masing menyantuni pengunjung yang bakal membuang undi 26 April ini. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini