Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di sini menyifatkan program Jualan Sejahtera Rakyat merupakan satu inisiatif membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.
Menerusi program tersebut rakyat berpeluang untuk membeli barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak, gula, sayur-sayuran dan barangan basah yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak