PRK Ayer Kuning: Abd Muhaimin terima keputusan dengan hati terbuka

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan hati terbuka.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir yang berjaya mengekalkan kerusi di DUN tersebut.

“Tahniah kepada rakan politik saya daripada BN, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan beliau untuk DUN Ayer Kuning ini.

“Kemenangan ini bukanlah satu kebanggaan, malah merupakan satu amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan sebaiknya,” katanya melalui hantaran di Facebooknya malam tadi.

Dalam pada itu, Abd Muhaimin turut mengucapkan tahniah kepada penyokong, pimpinan, petugas pilihanraya PN yang berjuang dari awal sehingga akhir PRK ini.

“Menang dan kalah sudah berada dalam ketentuanNya. Kita telah mencuba sehabis baik.

“Allah SWT menjadi saksi kerja kuat kita semua. InsyaAllah ada ganjaran dariNya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memohon kemaafan kepada semua pihak andai saya ada melakukan apa-apa kesilapan.

“InsyaAllah saya akan terus berjuang dan menyumbang khidmat bakti buat seluruh warga masyarakat.

“Doakan saya istiqamah dalam perjuangan ini dan terus ikhlas dalam memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rasmi: Ustaz Yusri berjaya kekalkan BN di Ayer Kuning

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI