Pegawai kesihatan maut ketika aktiviti ‘hiking’ Bukit Larut

TAIPING – Seorang pegawai kesihatan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika menyertai aktiviti ‘hiking’ atau pendakian di Bukit Larut, dekat sini, pada pagi Rabu.

Mangsa, Ahmad Saharim Saudi, 50, merupakan salah seorang daripada 123 peserta program pendakian yang disertai kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Kangsar serta PKD Larut, Matang dan Selama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.40 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu seramai 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan BBP Taiping diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Mangsa dilaporkan telah mengalami sesak nafas di kawasan berhampiran ‘check point’ empat iaitu kira-kira 3 kilometer (km) dari kaki Bukit Larut.

“Berpandukan pada maklumat itu, pasukan bomba telah pergi ke check point tiga dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke lokasi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurut Sabarodzi, pasukan bomba yang tiba di lokasi mangsa mendapat lelaki itu telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan yang turut bersama dalam program pendakian berkenaan.

Kata beliau, bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa turun ke kaki bukit untuk diserahkan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Shahrul Nizam Murad itu tamat pada jam 1.31 tengah hari. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas maut ketika ‘hiking’ di Bukit Kledang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI