Nostalgia, estetika piring hitam di Fujiyama Ipoh

IPOH – Di sebalik kemeriahan platform penstriman muzik masa kini, masih ada pencinta muzik tanah air yang sentiasa dahagakan lagu-lagu lama yang hanya dapat dinikmati melalui ‘vinyl’ atau piring hitam.

Maka, Fujiyama Records Ipoh di Jalan Sultan Idris Shah, dekat sini, boleh disifatkan sebagai oasis buat mereka yang benar-benar meminati koleksi muzik dari era sekitar tahun 60-an hingga 90-an.

Fujiyama Records Ipoh piring hitam klasik kedai vinyl di Ipoh vinyl original dari Jepun muzik city pop pengumpul piring hitam Malaysia kedai pakaian bundle Jepun vinyl The Beatles Carpenters muzik vintaj 80an 90an
Dalam kesibukan Bandar Raya Ipoh, sebuah kedai kecil di Jalan Sultan Idris Shah menarik perhatian peminat muzik dan barangan vintaj daripada pelbagai lapisan usia. Selain pakaian terpakai atau ‘bundle’, Fujiyama Records Ipoh turut menjual ratusan piring hitam daripada pelbagai penyanyi dan kumpulan muzik terkenal antarabangsa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2025.

Premis dua tingkat yang menampilkan konsep vintaj itu menempatkan ratusan koleksi piring hitam, cakera padat serta pelbagai pakaian terpakai premium yang hampir kesemuanya diimport dari Jepun.

Menurut penyelianya, Chan Kim Mun, 26, Fujiyama Records Ipoh merupakan cawangan kedua yang mula beroperasi pada tahun 2022 selepas cawangan pertama dibuka di Jalan Burma, George Town, dekat Pulau Pinang.

Fujiyama Records Ipoh piring hitam klasik kedai vinyl di Ipoh vinyl original dari Jepun muzik city pop pengumpul piring hitam Malaysia kedai pakaian bundle Jepun vinyl The Beatles Carpenters muzik vintaj 80an 90an
Penyelia Fujiyama Records Ipoh, Chan Kim Mun, 26, ketika temubual bersama MG Perak di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2025.

“Kami mempunyai empat cawangan dengan tiga di Pulau Pinang dan satu di Ipoh. Cuma hanya di Jalan Burma dan Ipoh sahaja yang menjual koleksi piring hitam.

“Jadi, untuk cawangan di Ipoh, kami menempatkan kesemua koleksi piring hitam dan barangan terpakai lain di bahagian hadapan, sementara pakaian dijual di bahagian belakang dan di tingkat atas,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak.

Fujiyama Records Ipoh piring hitam klasik kedai vinyl di Ipoh vinyl original dari Jepun muzik city pop pengumpul piring hitam Malaysia kedai pakaian bundle Jepun vinyl The Beatles Carpenters muzik vintaj 80an 90an
Seorang pelanggan tekun memilih koleksi piring hitam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Fujiyama Records Ipoh, Jalan Sultan Idris Shah, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2025.

Menurut Kim Mun, Fujiyama Records Ipoh menjual piring hitam pada kadar harga antara RM50 sehingga RM200, bergantung kepada nilai koleksi.

Katanya, antara genre yang menjadi pilihan pelanggan termasuk city pop, rock dan R&B, sementara koleksi penyanyi yang menjadi buruan ialah The Beatles, Carpenters serta artis dari Jepun.

Seorang pelanggan tekun memilih koleksi piring hitam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Fujiyama Records Ipoh, Jalan Sultan Idris Shah, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2025.

Tambahnya lagi, pelanggan di kedainya terdiri daripada pelbagai latar usia, iaitu golongan remaja sehingga mereka yang berusia antara 40-an dan 50-an.

Kim Mun berkata, dia percaya piring hitam masih mempunyai peminatnya tersendiri meskipun platform muzik digital semakin dominan ketika ini.

“Purata jualan piring hitam yang berjaya direkodkan di sini adalah antara 1,000 hingga 2,000 unit seminggu bergantung kepada keadaan semasa.

“Perkembangannya baik, terutamanya apabila tiba musim cuti panjang. Misalnya, pada bulan lalu jualan piring hitam kami melonjak sehingga 10,000 unit,” katanya.

Seorang pelanggan tekun memilih koleksi piring hitam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Fujiyama Records Ipoh, Jalan Sultan Idris Shah, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2025.

Nilai estetika tersendiri

Menurut Kim Mun, selain nilai estetik, aspek kualiti yang lebih baik daripada kaedah penstriman muzik menjadi antara sebab piring hitam masih menjadi barangan yang harus dimiliki pencinta muzik.

“Bagi saya, mendengar muzik melalui piring hitam memberikan pengalaman yang lebih memuaskan kepada pemiliknya.

“Ini kerana kita bukan sekadar mendengar lalu, sebaliknya dapat memegang sesuatu yang sudah pasti amat bernilai dan ada cerita di sebaliknya.

“Piring hitam bukan sekadar tentang muzik, ia memberikan pengalaman bersama muzik itu sendiri,” katanya lagi.

Dalam kesibukan Bandar Raya Ipoh, sebuah kedai kecil di Jalan Sultan Idris Shah menarik perhatian peminat muzik dan barangan vintaj daripada pelbagai lapisan usia. Selain pakaian terpakai atau ‘bundle’, Fujiyama Records Ipoh turut menjual ratusan piring hitam daripada pelbagai penyanyi dan kumpulan muzik terkenal antarabangsa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2025.

Mengulas lanjut katanya, selain pelanggan tetap di sekitar Ipoh, Fujiyama Records Ipoh turut menerima kunjungan pelanggan dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang sanggup datang semata-mata untuk memburu koleksi klasik.

Kata Kim Mun, kedai itu juga tidak terkecuali menjadi salah satu lokasi kunjungan pelancong dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang turut berkongsi minat sama.

Seorang pelanggan sedang mencuba pakaian terpakai di Fujiyama Records Ipoh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2025.

Selain itu Kim Mun memberitahu, Fujiyama Records Ipoh turut menjual pakaian terpakai premium pada kadar harga antara RM50 sehingga ke sekitar RM200.

Fujiyama Records Ipoh dibuka setiap hari dari jam 12.30 tengah hari hingga 9 malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Momen Keeta buka ruang anak muda selami dunia piring hitam

Ipoh diiktiraf dalam Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI