KPN ucap takziah kepada keluarga anggota FRU terlibat kemalangan maut

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Beliau yang mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menzahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang menimpa kesemua anggota yang terlibat.

“Jasa dan pengorbanan mereka amat dihargai, kemalangan berlaku selepas mereka selesai melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. PDRM akan memastikan kebajikan keluarga anggota yang terkorban diberi perhatian sebaiknya,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin hari ini berkata angka kematian dalam kemalangan membabitkan lori pasukan FRU dengan lori muatan batu, meningkat kepada sembilan orang.

Kesemua yang maut adalah anggota FRU dari Unit 5 Ipoh dan mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI