Sempat belikan kuetiau goreng untuk abang – adik kepada Perumal

TELUK INTAN –  Permintaan Sarjan S. Perumal, 44, untuk menikmati kuetiau goreng sempat ditunaikan sebelum dia maut bersama lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) lain dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat sini pada Selasa.

Adik lelakinya, S Ahrentheren, 41, berkata, dia sempat membeli makanan tersebut yang dipesan oleh abangnya di Taiping, Sabtu lalu.

“Itu kali terakhir saya bertemu dengannya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, di sini.

Berkongsi detik ketika menerima perkhabaran sedih itu, dia berkata, ketika itu dia sedang menjaga anaknya memandangkan sedang bercuti pada hari ini.

“Lebih kurang antara jam 9.30 ke 9.45 pagi, saya bawa anak bersarapan di luar sebelum menerima berita kemalangan itu.

“Saya terus tinggalkan anak-anak di rumah kawan dan bergegas ke tempat kerja abang sulung saya.

“Selain itu, saya sudah beritahu ahli keluarga yang lain, tapi saya minta mereka tak perlu datang. Saya dan ahli keluarga di Ipoh akan uruskan,” ujarnya dengan nada sebak.

Dia berkata, pemergian abangnya disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada keluarga dan rakan setugas yang mengenalinya sebagai seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

Ahrentheren juga memaklumkan upacara pengebumian abangnya akan dijalankan di Lahat, Ipoh sejurus segala urusan di hospital selesai.

Sugunanathan meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan. – MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Lapan anggota FRU maut dalam kemalangan di Teluk Intan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI