MGPerak: Nahas FRU: Tujuh Jenazah Selesai Disembahyangkan Di Surau IPD Hilir Perak

115

Sekitar 500 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan anggota polis bersama-sama mengerjakan solat jenazah ke atas tujuh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, tengah malam tadi.

Turut bersama-sama menyertai solat jenazah tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Solat jenazah diimamkan oleh Ahmad Kamil Ibrahim dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #nahasfru

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini