‘Mak ngah jadi sayang’, beza usia 20 tahun tak halang tamatkan zaman bujang

LENGGONG – Jodoh adalah antara rahsia Tuhan yang sudah tertulis di Luh Mahfuz, tanpa dapat diketahui oleh sesiapa pun.

Doa yang dititipkan setiap kali sujud lima waktu akhirnya membawa Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa, 47, menamatkan zaman bujang dengan suri hati, Rapeah Sani, 70.

Menurut Mohd Shaiful Nizam, dia bersyukur apabila wanita itu sudi menerima lamarannya pada 7 April lalu, sekaligus membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Jodoh beza usia Perkahwinan warga emas Lenggong Cinta tidak kenal usia Kenduri kahwin beramai-ramai Lenggong Jodoh rahsia Tuhan Perkahwinan kali pertama usia 47 Perkahwinan kali ketiga wanita 70 tahun Majlis kahwin Parlimen Lenggong Jiran jadi pasangan hidup Cinta di usia emas Perkahwinan unik Lenggong
Pasangan pengantin baharu, Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa 47, dan isteri Rapeah Sani 70, ditepung tawar pada majlis Kenduri Kahwin Beramai Ramai Parlimen Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MEI 2025.

“Berdebar juga hati saya menyertai kenduri kahwin beramai-ramai. Akan tetapi saya berasa seronok kerana ini merupakan pengalaman saya kali pertama berkahwin,” katanya.

Shaiful Nizam dan Rapeah antara 25 pasangan yang selamat diijabkabulkan pada Sabtu dan diraikan pada Majlis Kenduri Kahwin Beramai-ramai Parlimen Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA di sini, pada Ahad.

Seramai 25 pasangan mempelai diraikan pada majlis Kenduri Kahwin Beramai Ramai Parlimen Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MEI 2025.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin, serta turut dihadiri Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Berkongsi detik awal perkenalan, Mohd Shaiful Nizam berkata, dia pulang ke kampung halaman di Kampung Kota, Lenggong selepas berpuluh tahun bekerja sebagai tukang jahit di ibu negara.

Jodoh beza usia Perkahwinan warga emas Lenggong Cinta tidak kenal usia Kenduri kahwin beramai-ramai Lenggong Jodoh rahsia Tuhan Perkahwinan kali pertama usia 47 Perkahwinan kali ketiga wanita 70 tahun Majlis kahwin Parlimen Lenggong Jiran jadi pasangan hidup Cinta di usia emas Perkahwinan unik Lenggong
Pasangan pengantin baharu, Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa 47, dan isteri Rapeah Sani 70, pada majlis Kenduri Kahwin Beramai Ramai Parlimen Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MEI 2025.

“Sebelum ini saya tinggal di Lembah Jaya, Ampang dan menyara hidup dengan mengambil upah menjahit pelbagai jenis pakaian di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung bagi membantu keluarga mengurus rumah dan tanah pusaka tinggalan datuknya.

Jodoh beza usia Perkahwinan warga emas Lenggong Cinta tidak kenal usia Kenduri kahwin beramai-ramai Lenggong Jodoh rahsia Tuhan Perkahwinan kali pertama usia 47 Perkahwinan kali ketiga wanita 70 tahun Majlis kahwin Parlimen Lenggong Jiran jadi pasangan hidup Cinta di usia emas Perkahwinan unik Lenggong
Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyantuni pasangan pengantin baharu, Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa 47, dan isteri Rapeah Sani 70, pada majlis Kenduri Kahwin Beramai Ramai Parlimen Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MEI 2025.

“Selepas saya pulang ke kampung, orang pertama yang saya kenali adalah Rapeah, jiran yang tinggal di sebelah rumah.

“Dia sering menghantar lauk-pauk kepada saya sehingga membuatkan saya segan. Saya beri sedikit wang sebagai tanda terima kasih atas keikhlasannya.

“Kalau dulu saya panggil dia ‘mak ngah’, nampaknya selepas ini saya akan panggil dia ‘sayang’ pula,” ujarnya berseloroh.

Pasangan pengantin baharu, Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa 47, dan isteri Rapeah Sani 70, pada majlis Kenduri Kahwin Beramai Ramai Parlimen Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MEI 2025.

Sementara itu Rapeah berkata, dia tidak menyangka akan bersanding di pelaminan walaupun sudah mencecah usia emas.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, walaupun ini merupakan perkahwinan kali ketiganya, beliau bersyukur apabila Mohd Shaiful Nizam mahu menerimanya sebagai isteri.

“Pada awalnya, anak-anak kurang bersetuju dengan keputusan saya, tetapi lama-kelamaan mereka terima dengan hati terbuka.

“Walaupun saya dan suami berbeza umur lebih 20 tahun, saya anggap ia adalah jodoh dan takdir Allah yang perlu diterima,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

25 pasangan dirai Kenduri Kahwin Beramai-ramai Lenggong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI