Mohd Alwi dilantik Ketua Polis Perak baharu

IPOH – Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Noor Hisam Nordin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman berkuat kuasa 15 Jun depan.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Mohd Alwi, 58, yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang bermula April 2024 hingga Mei 2026 pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan Bukit Aman.

Anak kelahiran Pusing, Perak itu juga telah berkhidmat selama 35 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Alwi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) menyaksikan serah terima tugas Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak dari Datin Noormawati Abdul Latip (kiri) kepada Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak yang baharu, Datin Wan Norazah Wanchik (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JUN 2026.

Pada majlis sama, Datin Noormawati Abdul Latip turut menyerahkan tugas kepada Datin Wan Norazah WanChik sebagai Pengerusi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) yang baharu.

Sementara itu, Noor Hisam dalam ucapannya berpuas hati walaupun memegang jawatan Ketua Polis Perak dalam tempoh singkat, beliau telah berusaha sebaik mungkin, untuk memastikan kontinjen Perak sentiasa berada di landasan pencapaian kepada pelbagai sasaran yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan.

Untuk rekod, Noor Hisam memikul tanggungjawab tersebut selama setahun tiga bulan bermula 17 Februari tahun lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mohammad Azlin Timbalan Ketua Polis Perak baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI