‘Ketua kampung’ ejen penyampai dasar pembangunan negeri

KERAJAAN Negeri Perak sebelum ini mengumumkan akan melantik semula 829 ketua kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang baharu, menggantikan mereka yang telah berkhidmat selama dua tahun pada 1 Jun depan.

Pelantikan ini bukan sekadar perubahan dalam pentadbiran komuniti, tetapi merupakan langkah strategik untuk memperkukuh peranan ketua kampung sebagai pemimpin akar umbi yang penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.

Menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), antara fungsi utama Pengerusi JPKK adalah merancang dan melaksanakan projek atau program di kampung, di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Ia juga merupakan perantara di peringkat akar umbi yang menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak berkuasa atau agensi berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa ketua kampung adalah pemimpin atau wakil kecil yang berperanan dalam pembangunan setempat, penyampaian dasar kerajaan serta menjaga kepentingan masyarakat di peringkat desa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menekankan bahawa setiap ketua kampung perlu menggalas tanggungjawab masing-masing dengan baik.

Namun, katanya, ketua kampung bukan sekadar pengurus pentadbiran di peringkat kampung, sebaliknya perlu bertindak sebagai agen penyampaian dasar dan inisiatif kerajaan negeri, khususnya dalam mempromosikan agenda pembangunan.

Suasana sekitar Majlis Santuni Kasih Syawal di Kampung Orang Asli Sungai Keroh, Ayer Kuning, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 APRIL 2025.

Saarani berkata, setiap anggota komuniti di desa perlu diberi penerangan tentang usaha gigih kerajaan negeri dalam menarik pelaburan dan membangunkan taman-taman industri di seluruh negeri.

Ia termasuk Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Taman Industri Halal Perak\@Lekir (Perak HIP) serta Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

“Semua JPKK seharusnya cakna dengan hala tuju dan pendekatan pembangunan inklusif yang digariskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Saya yakin bahawa dengan dedikasi dan kepemimpinan JPKK, kita dapat mengemudi aspirasi negeri ke arah sebuah Perak yang lebih makmur, progresif dan sejahtera menjelang tahun 2030,” katanya.

Pelantikan Ketua Kampung Perak 2025 ✅ Cadangan Kata Kunci Berkaitan (Related Keyphrases): Peranan ketua kampung Pembangunan desa Perak Pelan Perak Sejahtera 2030 Pembangunan industri Perak TVET Perak Pelaburan negeri Perak JPKK Perak 2025 Menteri Besar Saarani Mohamad Ketua kampung dan TVET Agenda pembangunan Perak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JUN 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani Negeri Perak 2024 yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, baru-baru ini.

Umum mengetahui bahawa Kerajaan Perak mempunyai sasaran untuk menjadi sebuah Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Malaysia menjelang tahun 2030.

Usaha yang menjadi salah satu intipati penting dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 itu bertujuan melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri, selaras dengan pelaburan berbilion ringgit dalam negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama peserta pertandingan Desa Sejahtera Negeri Perak 2024 pada Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Justeru, dalam usaha ini, Perak sememangnya berharap dapat menarik pelaburan asing, meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan, dan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

Pelbagai siri lawatan rasmi delegasi kerajaan negeri ke luar negara telah diadakan, dan terkini, hasil misi pelaburan di tiga negara Eropah berjaya menarik nilai pelaburan berjumlah RM450 juta ke negeri ini.

Di sebalik kejayaan itu, Saarani memberitahu bahawa kerajaan negeri sedang giat menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang TVET sebagai usaha meningkatkan sumber manusia bagi menyokong pembukaan industri-industri baharu di Perak.

Pelantikan Ketua Kampung Perak 2025 ✅ Cadangan Kata Kunci Berkaitan (Related Keyphrases): Peranan ketua kampung Pembangunan desa Perak Pelan Perak Sejahtera 2030 Pembangunan industri Perak TVET Perak Pelaburan negeri Perak JPKK Perak 2025 Menteri Besar Saarani Mohamad Ketua kampung dan TVET Agenda pembangunan Perak
Proses pengasingan mineral NR-REE di Kilang Malaco Mining Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Tungzen, Kampung Kepayang, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 DISEMBER 2024.

Beliau berkata, selain kestabilan politik semasa, antara perkara yang diberi penekanan kepada para pelabur asing adalah bilangan tenaga kerja mahir yang mencukupi.

Justeru kata beliau, ketua kampung perlu turut sama menggembleng tenaga dalam membantu kerajaan negeri menarik minat masyarakat kepada bidang TVET agar ia tidak terus menjadi pilihan kedua.

“Mohon bantu kerajaan negeri meyakinkan ibu bapa dan para pelajar, sekiranya mereka tidak tahu hendak ke mana selepas tamat persekolahan, sila masuk Kolej Komuniti atau mana-mana institusi pendidikan vokasional.

“Ini kerana kita mahu memperbanyakkan tenaga atau sumber manusia yang berkemahiran untuk mengisi kekosongan kerja susulan daripada projek mega dan pelaburan-pelaburan yang dinyatakan,” jelas Saarani.

Pelantikan Ketua Kampung Perak 2025 ✅ Cadangan Kata Kunci Berkaitan (Related Keyphrases): Peranan ketua kampung Pembangunan desa Perak Pelan Perak Sejahtera 2030 Pembangunan industri Perak TVET Perak Pelaburan negeri Perak JPKK Perak 2025 Menteri Besar Saarani Mohamad Ketua kampung dan TVET Agenda pembangunan Perak
Suasana sekitar Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 FEBRUARI 2024.

Tidak hanya sebagai suara kerajaan negeri, malah Menteri Besar Perak turut mahu kepimpinan ketua kampung menggembleng sepenuhnya tenaga dalam usaha memperkasa ekonomi setempat serta mensejahterakan kehidupan penduduk.

“Ini termasuk meneroka potensi sektor ekonomi baharu seperti Ekonomi Digital, Ekonomi Biru dan Ekonomi Penjagaan, selari dengan hasrat kerajaan negeri.

“Kita juga boleh terus memajukan sektor pertanian dan pelancongan yang kekal menjadi nadi utama pembangunan desa,” katanya.- MG Perak

 

Artikel Berkaitan:
Misi pelaburan Perak ke Eropah berjaya tarik RM450 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI