56 pelajar sertai Latihan Medan PISPA

GERIK – Seramai 56 pelajar dari 13 Kolej Komuniti di seluruh Perak menyertai Latihan Medan Pasukan Institusi Siswa Pertahanan Awam (PISPA) Negeri yang berlangsung selama dua hari di Kolej Komuniti Gerik (KKGP), baru-baru ini.

Menurut KKGP, latihan melibatkan 35 peserta lelaki dan 21 perempuan yang diadakan pada 24 hingga 25 Mei lalu itu bagi menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi peserta selain memilih kadet terbaik ke pertandingan peringkat kebangsaan kelak.

Majlis penutup program berkenaan disempurnakan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta, Mohd Zalimi Abd Aziz yang mewakili Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, di Dewan Al-Farabi, KKGP, dekat sini.

“Melalui latihan medan yang diadakan, semoga dapat memupuk beberapa elemen siap siaga sebagai pengukuhan jati diri penting pada belia, pelapis muda dan anak bangsa kini.

“Penilaian dilakukan berdasarkan silibus Asas Pertahanan Awam yang disediakan, termasuk tugasan praktikal yang dinilai oleh jawatankuasa teknikal dan jurulatih APM,” kata kenyataan itu.

Latihan Medan PISPA Perak Kolej Komuniti Gerik, APM Perak, pelajar PISPA, latihan pertahanan awam, kursus ketahanan fizikal, jati diri belia, program belia Perak
Kemahiran ikatan tali akan dinilai oleh juri daripada pegawai APM untuk menilai kemahiran peserta. foto KKGP

Tambah KKGP, latihan itu bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek pertahanan awam, tetapi turut membina sahsiah serta kesedaran dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional.

Menurutnya lagi, peserta kursus turut dibekalkan ilmu dan kemahiran yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian hasil daripada kursus asas yang diikuti sepanjang program.

“Kita berharap peserta yang terlibat dapat memberi impak positif kepada komuniti serta memiliki ciri kepimpinan tinggi, berakhlak mulia dan menjunjung nilai ilmu.

“Mereka juga perlu mempunyai semangat patriotik, berpasukan dan cintakan negara sebagai sebahagian daripada pakej berkualiti graduan masa kini,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Khairil Azhar dekatkan Kolej Komuniti Gerik dengan masyarakat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI